30.11.09

Cinta selepas ALLAH & RASUL........

Cinta selepas ALLAH dan Rasul....
iaitu suami bg muslimah yang sudah berkahwin,dan ibu bapa bg muslimah yang masih dibawah jagaan keluarga.....disitu lah aku mencari-cari dimana dia.....
seseorang mujahid yang aku ingin kan untuk dijadikan pasangan hidup...
yang diredhai ALLAH.......
namun ia sukar kerana diri aku sendiri yang masih belum sempurna dari segi kehidupan aku sendiri..aku sentiasa nk kan pasangan yang baik,namun aku tidak sedar bahawa aku perlu ubah diriku ini..
YA ALLAH,salahkah aku mendambakan insan yang soleh?.....aku perlu jadikan diriku ini dekat denganMU...sentiasa ingat padaMU....ISLAM tidak pernah meninggalkanku.....namun aku yang sentiasa melupakanMU....layakkah aku?


Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU biarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU benarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

15.11.09

1malaysia kelantan terus dianak tiri

Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.

11.11.09

wang ehsan hanya untuk kepentingan umno-kelantan

KOTA BAHRU, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat. Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

10.11.09

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

1. Henry Ford – tuan pengasas Ford Motor Company – pernah berkata: “Any customer can have a car painted any colour that he wants so long as it is black,” – setiap pembeli bebas memilih apa pun warna yang mereka inginkan selagi mana ia adalah hitam. Dengan kata lain, Ford sebenarnya tidak memberikan sebarang pilihan kepada pembelinya. Tentu sekali hal ini lebih mudah buat Ford, kerana cat hitam lebih cepat kering berbanding warna-wana lain. Tetapi dalam masa yang sama ia sebenarnya ‘memangsai’ pilihan warna para pembeli.2. Dalam hal yang lain pula, adalah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun bahawa hak kebebasan individu ada dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 5 misalnya memperuntukkan bahawa setiap orang adalah bebas dan tidak boleh dinafikan hak kebebasan itu – seperti ditahan atau ditangkap – kecuali melalui proses perundangan. Pun begitu, dalam masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa perlindungan dalam Perkara 5 tidak akan terpakai dalam beberapa keadaan. Keadaan yang dimaksudkan itu termasuklah, antara lain, hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri (Sila rujuk Perkara 149 dan 151 Perlembagaan Persekutuan).3. Justeru, seperti juga kenyataan Henry Ford yang memberikan kebebasan pilihan tetapi dalam masa yang sama menskopkannya hanya kepada warna hitam, begitu jugalah perlindungan hak kebebasan dalam Perlembagaan Persekutuan – anda memiliki hak tersebut tetapi dalam masa yang sama anda juga boleh ditahan bila-bila masa tanpa perlu melalui proses pengadilan. Satu peruntukan memberikan kebebasan tetapi kemudian peruntukan yang lain pula menegatifkan peruntukan kebebasan tersebut.4. Contoh undang-undang yang menegatifkan hak kebebasan dalam Perkara 5 adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri – atau ISA – yang memberi kuasa kepada menteri untuk memberi arahan menahan sesiapa sahaja buat tempoh masa yang boleh mencapai sehingga dua tahun tanpa memberi peluang kepada tahanan membela diri. Dengan kata lain, menurut akta ini, seseorang itu sudah boleh ‘dihukum’ tanpa perlu terlebih dahulu dibuktikan bersalah. Akta ini pernah terbukti berkesan suatu ketika dahulu bagi memerangi keganasan komunis. Tetapi sesuatu yang terbukti berkesan tak semestinya benar. Dan sesuatu yang terbukti berkesan juga tidak semestinya adalah satu-satunya cara yang berkesan. Mungkin sahaja ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan dalam masa yang sama tidak menafikan hak keadilan.5. Sebenarnya kita mempunyai perundangan yang cukup untuk menangani isu-isu keselamatan dalam negeri – dalam konteks Malaysia yang sekarang – tanpa perlu menggunakan ISA. Ancaman-ancaman yang bersifat rasis misalnya, boleh ditangani dengan menggunakan Akta Hasutan atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Mereka yang dituduh bersalah di bawah dua akta ini bolehlah dibawa ke mahkamah, dibicarakan secara adil, dan setelah dibuktikan kebersalahannya, barulah dihukum. Tak perlu bertindak mengikut undang-undang tak bertamadun dengan membuat penahanan tanpa perbicaraan.6. Tentu sekali, bagi pihak kerajaan, adalah lebih mudah mengawal kestabilan dan keselamatan negara dengan menggunakan ISA, kerana tak perlu susah-susah membuktikan apa-apa sebelum boleh menahan seseorang suspek. Tetapi kemudahan di pihak kerajaan tersebut akan memangsai peruntukan kebebasan individu, seperti juga pilihan warna hitam Henry Ford bagi memudahkan proses pengecatan memangsai pilihan para pembeli.7. Keadilan dalam sistem perundangan Islam boleh ditemui dalam sebuah hadis riwayat Tarmizi yang menyebutkan bahawa: “…kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan adalah lebih baik daripada kesilapannya dalam memberikan hukuman.” Maksudnya seseorang itu hanya boleh dihukum setelah dibuktikan benar-benar bersalah tanpa sekutil pun keraguan di muka pengadilan. Nah, kalau begitu, nilailah sendiri di manakah adilnya serta di manakah relevannya ISA menurut sudut pandang keadilan dalam Islam?8. Ataukah sebenarnya masih lagi wujud golongan yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menganggap Islam sudah tidak lagi relevan lantas mahu terus berdegil berkeras kepala mengatakan ISA perlu dikekalkan?