30.11.09

Cinta selepas ALLAH & RASUL........

Cinta selepas ALLAH dan Rasul....
iaitu suami bg muslimah yang sudah berkahwin,dan ibu bapa bg muslimah yang masih dibawah jagaan keluarga.....disitu lah aku mencari-cari dimana dia.....
seseorang mujahid yang aku ingin kan untuk dijadikan pasangan hidup...
yang diredhai ALLAH.......
namun ia sukar kerana diri aku sendiri yang masih belum sempurna dari segi kehidupan aku sendiri..aku sentiasa nk kan pasangan yang baik,namun aku tidak sedar bahawa aku perlu ubah diriku ini..
YA ALLAH,salahkah aku mendambakan insan yang soleh?.....aku perlu jadikan diriku ini dekat denganMU...sentiasa ingat padaMU....ISLAM tidak pernah meninggalkanku.....namun aku yang sentiasa melupakanMU....layakkah aku?


Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU biarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU benarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

15.11.09

1malaysia kelantan terus dianak tiri

Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.

11.11.09

wang ehsan hanya untuk kepentingan umno-kelantan

KOTA BAHRU, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat. Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

10.11.09

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

1. Henry Ford – tuan pengasas Ford Motor Company – pernah berkata: “Any customer can have a car painted any colour that he wants so long as it is black,” – setiap pembeli bebas memilih apa pun warna yang mereka inginkan selagi mana ia adalah hitam. Dengan kata lain, Ford sebenarnya tidak memberikan sebarang pilihan kepada pembelinya. Tentu sekali hal ini lebih mudah buat Ford, kerana cat hitam lebih cepat kering berbanding warna-wana lain. Tetapi dalam masa yang sama ia sebenarnya ‘memangsai’ pilihan warna para pembeli.2. Dalam hal yang lain pula, adalah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun bahawa hak kebebasan individu ada dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 5 misalnya memperuntukkan bahawa setiap orang adalah bebas dan tidak boleh dinafikan hak kebebasan itu – seperti ditahan atau ditangkap – kecuali melalui proses perundangan. Pun begitu, dalam masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa perlindungan dalam Perkara 5 tidak akan terpakai dalam beberapa keadaan. Keadaan yang dimaksudkan itu termasuklah, antara lain, hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri (Sila rujuk Perkara 149 dan 151 Perlembagaan Persekutuan).3. Justeru, seperti juga kenyataan Henry Ford yang memberikan kebebasan pilihan tetapi dalam masa yang sama menskopkannya hanya kepada warna hitam, begitu jugalah perlindungan hak kebebasan dalam Perlembagaan Persekutuan – anda memiliki hak tersebut tetapi dalam masa yang sama anda juga boleh ditahan bila-bila masa tanpa perlu melalui proses pengadilan. Satu peruntukan memberikan kebebasan tetapi kemudian peruntukan yang lain pula menegatifkan peruntukan kebebasan tersebut.4. Contoh undang-undang yang menegatifkan hak kebebasan dalam Perkara 5 adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri – atau ISA – yang memberi kuasa kepada menteri untuk memberi arahan menahan sesiapa sahaja buat tempoh masa yang boleh mencapai sehingga dua tahun tanpa memberi peluang kepada tahanan membela diri. Dengan kata lain, menurut akta ini, seseorang itu sudah boleh ‘dihukum’ tanpa perlu terlebih dahulu dibuktikan bersalah. Akta ini pernah terbukti berkesan suatu ketika dahulu bagi memerangi keganasan komunis. Tetapi sesuatu yang terbukti berkesan tak semestinya benar. Dan sesuatu yang terbukti berkesan juga tidak semestinya adalah satu-satunya cara yang berkesan. Mungkin sahaja ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan dalam masa yang sama tidak menafikan hak keadilan.5. Sebenarnya kita mempunyai perundangan yang cukup untuk menangani isu-isu keselamatan dalam negeri – dalam konteks Malaysia yang sekarang – tanpa perlu menggunakan ISA. Ancaman-ancaman yang bersifat rasis misalnya, boleh ditangani dengan menggunakan Akta Hasutan atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Mereka yang dituduh bersalah di bawah dua akta ini bolehlah dibawa ke mahkamah, dibicarakan secara adil, dan setelah dibuktikan kebersalahannya, barulah dihukum. Tak perlu bertindak mengikut undang-undang tak bertamadun dengan membuat penahanan tanpa perbicaraan.6. Tentu sekali, bagi pihak kerajaan, adalah lebih mudah mengawal kestabilan dan keselamatan negara dengan menggunakan ISA, kerana tak perlu susah-susah membuktikan apa-apa sebelum boleh menahan seseorang suspek. Tetapi kemudahan di pihak kerajaan tersebut akan memangsai peruntukan kebebasan individu, seperti juga pilihan warna hitam Henry Ford bagi memudahkan proses pengecatan memangsai pilihan para pembeli.7. Keadilan dalam sistem perundangan Islam boleh ditemui dalam sebuah hadis riwayat Tarmizi yang menyebutkan bahawa: “…kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan adalah lebih baik daripada kesilapannya dalam memberikan hukuman.” Maksudnya seseorang itu hanya boleh dihukum setelah dibuktikan benar-benar bersalah tanpa sekutil pun keraguan di muka pengadilan. Nah, kalau begitu, nilailah sendiri di manakah adilnya serta di manakah relevannya ISA menurut sudut pandang keadilan dalam Islam?8. Ataukah sebenarnya masih lagi wujud golongan yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menganggap Islam sudah tidak lagi relevan lantas mahu terus berdegil berkeras kepala mengatakan ISA perlu dikekalkan?

12.7.09

Surat Cinta

Di bawah ini ada surat cinta buat kita semua.
Semoga kita bisa lebih menghargai cintaNya ..

" Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku
padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka
Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi berita besar :
bahwa Aku yang telah menciptakan mereka
namun yang disembah adalah selainKu
Aku yang memberi rizki, namun selain-Ku yang disyukuri
Kebaikan-Ku senantiasa turun kepada hamba-Ku,
tapi kejahatan mereka yang naik kepada-Ku

Aku mencintai mereka dengan memberi ni'mat2 Ku
sedangkan Aku tiada membutuhkan mereka
mereka memancing kemurkaan-Ku dengan berbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling butuh kepada-Ku

Siapa-siapa yang datang kepada-Ku,
akan Kujemput ia dari kejauhan
Siapa-siapa yang berpaling dari-Ku,
maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan
Siapa-siapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,
Aku berikan padanya, lebih dari cukup
Siapa-siapa yang menginginkan keridhaan-Ku,
Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya
Siapa-siapa yang bertindak dengan mengandalkan kekuatan-Ku,
maka akan Kulunakkan besi baginya

Orang yang mengerjakan maksiat,
tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku
Jika mereka bertaubat kepada-Ku,
maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai
orang yang bertaubat dan mensucikan diri
Jika mereka tidak bertaubat kepadaku,
maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka, Aku berikan cobaan

untuk membersihkan mereka dari berbagai aib
Dan siapa-siapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku,
maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain


Satu kebaikan di sisi-Ku adalah
senilai sepuluh kali lipat yang sepertinya,
hingga tujuh ratus kali lipat,
hingga kelipatan yang sangat banyak
Sedangkan kejahatan di sisi-Ku, adalah bernilai satu
Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun,
Aku pun mengampuninya
Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit,
dan mengampuni banyak kesalahan-kesalahan

Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku
Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sanksi
Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU

Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku,
daripada kasih sayang ibu kepada anaknya... "

(hadist qudsi dari buku "Menggapai Manisnya Iman-Butir ma'rifatuLlah
Ibnul Qayyim Al-jauziyah" oleh Syaikh Shaleh Syadi - tidak disebutkan
perawinya )

21.4.09

Hari Penentuan.............

beberapa hari lagi nak melangkah ke final exam....sekarang perasaan bercampur.Takut,risau,bimbang,rungsing moleknya macam2 ada.......itu lah yang menguji diri disaat minggu akhir sebelum final exam...haaa dari sudut psikologinya kebanyakkan students pada saat ini ada yang mudah diserang penyakit contohnya demam,dan ada juga yang mengalami tekanan....namun tak terlepas juga ada yang histeria sebab tekanan yang amat...maybe disebab tiada kawalan perasaan ketika ini, ..uikkk bahaya tu,so bagi yang bakal hadapi exam,kita cuba lah study dan jangan terlalu tertekan...yang paling utama minta pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan....apa yang berlaku semuanya datang dari Allah untuk menguji kekuatan,kesabaran dan keteguhan kita padaNYA.....jangan cepat melatah...dan banyak2 kanlah wat amal ibadah agar dibukakan pintu hati...insyaAllah....selamat berjaya NURUL EZZAH,lakukan sedaya upaya mu demi masa depan,dan jangan mudah mengalah...usaha tangga kejayaan.aminnnnnnn!!!!!!!!.....ummi,abah doakan along supaya dipermudahkan jawab exam...ampunkan segala dosa anakmu ini.....restuilah perjalanan ku ini....sayang umi abah...

16.4.09

indahnya menjadi mujahidah..

KAU PERMAISURI DIHATIKU DIDUNIA INI ENGKAU PENGHIBUR MENJUNGJUNG KASIH AMANAH ILAHI DI ANTARA DIRIKU JUA DIRIMU,HANYA MENGHARAP CINTA YANG SATU DI ANTARA KEKASIH PILIHAN DIHATI PUNYAI BUDI PENGHIAS DIRI WAJAHNYA LEMBUT PERHIASAN PEKERTI YANG TINGGI INDAHNYA PERHIASAN DUNIAWI.........”

Ku langkahkan kaki ini...dihangat mentari pagi..ku syukuri hari ini kerana aku masih berdiri..dan aku tinggalkan masa kelabu…dan lalu mulakan jalan kerna MU..Jatuh dan bangkit aku kembali,susah payah aku tak peduli kerna hidup hanya sekali….Bebaskan diri dari dibelenggu….Jangan ikut hati,nanti mati….Tak akan berhenti aku berlari wujudkan mimpi….Terus berlari agar hidup ini bererti…. Lembutku tak bererti…Ku mudah dijual beli..Ku mampu menyaingi lelaki dalam berbakti…Lembutku bukan hiasan bukan jua kebanggaan..Tapi ku sayap kiri pada suami yang sejati…Disebalik bersih wajah disebalik tabir diri..Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri..Itulah sekeping hati yang takut pada illahiBerpegang pada janji mengabdikan diri..Maluku mahkota yang tidak perlukan singgahsana..Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan namaTiada siapa yang akan boleh merampasnya…Melainkan diriku sendiri yang pergi menyerahkan diri…Ketegasanku umpama benteng Negara dan agama dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya…puteri sayang bunga terpelihara mahligai syurga itulah tempatnya…..

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, perempuan baik untuk lelaki yang baik……..”(An-Nur:26)

Setelah membaca bait-bait sejarah islam…..perjuangan dan pengorbanan insan-insan terdahulu..aku juga ingin seperti mereka….seperti Zainab Al-Ghazali…seperti Saidatina Khadijah Binti Khuwailid….seperti Ainul Mardhiyah….seperti Rabiatul Adawiyah….seperti Fatimah Az-zahra puteri Rasul…..seperti Saidatina Aisyah……aku jadikan mereka ‘role model’ untuk aku jelajahi hidup ini sebagai insan bergelar wanita atau muslimah…..aku tidak mampu menjadi insan seperti mereka namun aku bisa menjadikan mereka sebagai rujukan aku untuk menjadi mujahidah solehah agar aku jua menjadi sayap kiri kepada mujahid yang memburu syahid….